Friday, 22 February 2013

CINTA YANG IKHLAS TAK AKAN PERGI ^_^


22 Februari 2013:
                
Aku sedar bila tanpa dirimu

Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa

Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi

Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun

Jiwaku sesak…dan kosong…

Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu

Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja

Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta

Wednesday, 20 February 2013

PELAJARI DENGAN HATI YANG TERBUKA

20 Februari 2013- Kadangkala kita tak perlu mencari cinta kerana cinta akan datang mencari kita. Biar kita jujur dan ikhlas dalam berbuat sesuatu perkara, semua orang akan suka pada kita. Ketika itu cinta pasti datang secara tiba-tiba. Peercayalah... (n_~)

HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED MUM! ^_^


20 Februari 2013- Hari ini hari yang sangat istimewa. Hari ni birthday my beloved mum. Nama my mum Puan Misnah Bte. Hambali or nama panggilan dy Mama Lin. Nie birthday yg ke-48. Umur 6pk tua. Tpi kenyataan rmai yg panggil my mum akak. Ouh..tidak... Kalah aku and my sister. Tpi takpe, kenalah bangga klau orang lain ckp mak kita msih muda wlaupun umur dah tua. Haha. Btw, aku nak bagi tau korang nie, yang aku Fathini Kamila Bte. Mohd Mokhtar SAYANG SANGAT DEKAT My Mum Lin Hambali. May Allah bless you my beloved mum. ILYSM~ 

Tuesday, 19 February 2013

BAYI DI DERA OLEH ORANG GAJI DI KUANTAN


KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.

Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.

"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.

"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.

Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.

Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.

Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.

Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.

Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.

Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.

Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.

Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.

Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.

Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.

Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - Bernama

- SUMBER -

Monday, 18 February 2013

SUKANTARA BERMULA

18 Februari 2013- Petang nie sekolah aku ada sukantara. Malas nya lah nak pergi. Baru je balik dari sekolah dah kena pergi lagi. Kerja sekolah banyak pulak tu. Kalau tak sebab cikgu bagi amaran tadi, aku tak akan pergi sukantara lah. Penat yang teramat. Rasa mcam nak pengsan jew. Nie lah lumrah hidup. Tempohi jew la. Daebakk! Huuuuu~ :(

Thursday, 14 February 2013

NOVEL YANG KE-4

Novel 3 Kata Hati
14 Februari 2013- Now, I'm reading for this novel. Sinopsis novel 3 Kata Hati ialah: Rindu – Mr. Rahsia! Pening kepala Hanani apabila terfikir nama yang sering mengganggu hidupnya melalui SMS. Dalam keterpaksaan melayan kerenah lelaki yang dikenali sebagai Mr. Rahsia itu, Hanani mula jadi rindu! Dia tersenyum bila lelaki tersebut mengatur bait-bait indah tetapi mula bengang bila asyik sahaja disakat.

Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.

Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?
Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?

Beli segera dan cuba. Pasti menusuk jiwa. (n_n)

SAAT AKU BOSAN



14 Februari 2013- Nie la tabiat aku bila aku bosan. Kalau tak on facebook or twitter, berangan amik gambar la jawabnya. My mum pon dah faham perangai aku. Nak buat macam mana kan? Dah nie memang cara aku. Diri tak boleh ubah kalau diri sendiri tak mengubahnya. Hehe. K la, tak banyak idea ponk nak update. Nanti kalau ada yang lagi best, kita share2 oke! ;3