Tuesday, 4 June 2013
Monday, 27 May 2013
HANYA ENGKAU YANG AKU PILIH
27 Mei 2013- Assalamualaikum. Lama tak buka blog nie. Sebulan sekali je kot rasanya. Maklumlah batch terakhir nak ambik PMR kan,, mestilah buzy memanjang. Hehe. Forget it. Now, aku nak luahkan suatu perkara. Tajuk kat atas tu kan. Nak citer pasal lelaki la, apa lagi. Tapi memang la. Aku masih lagi sayang kat dia walaupun dia bukan cinta pertama aku.Aku minat dia dari kecik lagi. Tu pon dulu, kecik lagi kan. Usha2 gitu gini jew la. Bila dapat dia 1 hari ini, aku memang suka giler. Macam sayang and taknak lepaskan dia. Nak buat macam mana, takde jodoh. Kapel tak sampai seminggu pon coz ada sikit salah faham antara kite orang. Tapi aku heran juga. Dalam banyak2 EX aku, kenapa aku still ada perasaan sayang sorang jew kat dia. Kapel baru bape hari kot. Aku pon tak tahu. Tapi kalau dia baca benda nie or terasa, aku cuma nak cakap 4 perkataan jew. "I still love you". Oke! Complete...Bye2 ;'D
Sunday, 5 May 2013
GWIYOMI~ GWIYOMI~
gwiyomi.. |
Saturday, 23 March 2013
SHE IS ME! ^^
MAINKAN PERASAAN ITU KEJAM
23 Mac 2013- Game paling COMEL > Main BARBIE dekat RUMAH. GAME paling SERAM > Main nyorok-nyorok. GAME paling KEJAM > Mainkan PERASAAN seseorang. Haha. Memang sangat kejam sampai hati seseorang tu terluka. Haish~ Tak patut, tak patut.
BEST MAIN SALJI DI BATU PAHAT (^_~)
23 Mac 2013- Assalamualaikum. Hurmmm, dah lama betul aku tak update. Sampai dah berabuk. Mesti korang bosankan sebab tengok benda yang sama jew. Maaf la~ Hehe. Hari nie hari paling bosan bagi aku, sebab aku takde apa pon nak buat. So, aku pergi main salji. Sejuk sangat, first time main salji. Haha. Rasa nak beku jew. Tapi korang jangan ingat aku pergi luar negara. Takde lah sampai macam tu. Aku mana ada duit nak pergi jauh2. Tunggu kerja and dah banyak duit nanti, baru pergi. Nie cuma salji peti sejuk jew. Hehe. Tapi bukan peti sejuk yang panjang tu. Nie peti sejuk besar lebar. Bukan apa, my dad yang suruh bersihkan peti sejuk tu. Bila bukak jew penuh dengan ais. Aku pon kikis la guna sudu. Dalam 10 cawan aku dapat ais tu. Banyak giler. Tangan aku rasa macam nak beku. Yang tak bole blah, my sis pon join main ais. Haha. Dah macam kanak-kanak ribena. Memang happy la tadi. Best sangat. And hari ni makcik aku yang Datin dari KL tu balik coz dia nak sambut birthday cucu dia. Harap2 makanan nya sedap2. Tak payah la makan siang buat masa nie. Malam dah ada banyak makanan kan. Hehe. K, la. Nak siap pergi bandar nie. Sementara tunggu abang sedara datang, tu yang aku update nie. Kbye! :D
Friday, 8 March 2013
FLIRTING GIRL'S NEWS
Along, Ude, Kakcik and Adik. |
Monday, 4 March 2013
HANGOUT TO BP MALL!
03 Februari 2013- Assalamualaikum. Nak update lagi nie. Tapi tak panjang la, just nak kongsi beberapa picture hangout. Haha. Patutnya update semalam, buzy punye pasal hari ini baru update. Nie jew la picture yang aku sempat snap. Maaf kalau tak cantik and semua picture nie edit tau. Btw, semalam pergi hangout dekat BP Mall. Tujuan nak beli buku, then pergi la kedai buku 'Popular'. Bila sampai, takde la ramai sangat. Just boleh la buat ada2. Bila dah hampit setengah jam dalam kedai tu, baru la nampak makin ramai orang. Yang paling best lagi, ramai abg2 hensem wooow~ Haha. Tergugat deh imanku ini. Pergi sini ada abang hensem, pergi sana ada abang yang lagi hensem. Fulawey~ Rasa taknak keluar jew masa tu. Kah3! Tapi kena keluar jugak. Nasib baik kazen aku lambat pilih buku, boleh aku cuci mata. Haha. Memang best sangat la masa nie. (^_^)
Friday, 1 March 2013
BETUL KE AKU SUKA DIA??
01 Mac 2013- Tittle yang nie memang macam suspen jew kan? Haha. Aku pon konfieus coz mula2 aku teragak2 nak update benda nie. Nanti kan kalau budak yang aku maksudkan nie baca, kembang pulak dia. Kita panggil dia Mr. Crush la erkk. Haha. Tapi aku memang tak bole cerita banyak. Cuma nak cakap, kalau bole dekat sekolah ke kat mana kew, aku nak selalu tengok muka dia. Tak kira la orang lain cakap dia tak handsome. Tapi bagi aku dia handsome. Aku nie bukan jenis orang pilih paras rupa. Aku terima seadanya. Tapi kalau dia tak terima aku nanti, aku pon tak kesah. Coz aku nak lepaskan belajar dulu. Tapi kalau bole aku harap dia terima aku la. Acehhh~ Konon jew nie. Entah2 nanti dia tolak mentah2. Buat malu jew. Haha. K la, kalau ada perkembangan tentang Mr. Crush nie aku update lagi. ^^
SAKIT BADAN + DEMAM. :(
01 Mac 2013- Assalamualaikum. Wazzup! :D Rasanya dah lama aku tak update. Memang dah lama pon. Haha. Tadi masa dekat sekolah still oke lagi badan nie. Cuma sakit sendi2 jew. Bila dah balik rasa macam nak pitam jew. Terus terbaring dekat katil. Memang sakit sangat la tadi sampai aku nangis. Betul2 tak larat. Dekat rumah dah la takde orang nak mintak tolong ini tolong itu. Abah and abang pulak pergi solat Jumaat. Redha jew la sorang2 dekat rumah menanggung kesakitan yang teramat sangat nie. Nasib baik still boleh bangun lagi. Kalau tak, apa yang jadi. Sekarang dah oke sikit la. Lepas my mum bagi makan ubat. Dah tak pening, cuma badan still sakit lagi. Esok dah la ada kelas BI. Terpaksa la pergi dengan keadaan badan yang sakit nie. Urmmmm, oke la. Sampai sini jew aku nak bebel. K bye! ;3
Friday, 22 February 2013
CINTA YANG IKHLAS TAK AKAN PERGI ^_^
22 Februari 2013:
Aku sedar bila tanpa dirimu
Kurasakan dunia ini terhenti
Lambat, kaku dan tidak bernyawa
Bagaikan otak kuterhenti berfikir
Apa yang perlu aku lakukan
Tanpa kau disisi
Rinduku bagai membungkam ragaku
membuat aku terhenti untuk menghela sekalipun
Jiwaku sesak…dan kosong…
Mendengar suaramu bagaikan terhenti nafasku
Untuk kudengar dan masuk terus kejiwaku
Agar tidak diganggu
Agar aku tidak terlepas dari mendengar setiap butir bicaramu
Andai Tuhan mnedengar rintihanku
Bertemumu ingin sekali aku hentikan seluruh maya ini
Agar hanya kau dan aku menikmatinya bersama
Agar masa ini begitu panjang untuk kita berdua sahaja
Adakah kau rasa …terhenti segala-galanya
Bila sudah jatuh cinta
Wednesday, 20 February 2013
PELAJARI DENGAN HATI YANG TERBUKA
20 Februari 2013- Kadangkala kita tak perlu mencari cinta kerana cinta akan datang mencari kita. Biar kita jujur dan ikhlas dalam berbuat sesuatu perkara, semua orang akan suka pada kita. Ketika itu cinta pasti datang secara tiba-tiba. Peercayalah... (n_~)
HAPPY BIRTHDAY TO MY BELOVED MUM! ^_^
Tuesday, 19 February 2013
BAYI DI DERA OLEH ORANG GAJI DI KUANTAN
KUANTAN - Mahkamah Sesyen di sini hari ini menjatuhkan hukuman penjara sejumlah 20 tahun ke atas seorang pembantu rumah warga Indonesia selepas mengaku bersalah terhadap dua pertuduhan mendera seorang bayi lelaki berusia empat bulan, Jumaat lalu.
Hakim Mohd Azhar Othman memutuskan hukuman itu memandangkan kesalahan yang dilakukan Yuliana, 23, amat serius dan mendatangkan kesan besar bukan sahaja kepada keluarga mangsa tetapi masyarakat di seluruh dunia.
"Perbuatan kamu telah menyebabkan masyarakat menjadi takut dan tidak tenteram apabila meninggalkan anak kepada pembantu rumah.
"Mahkamah berpendapat hukuman ini setimpal dan dapat memberi pengajaran kepada kamu dan masyarakat," katanya.
Yuliana berasal dari Sukarame, Acheh bekerja tidak sampai sehari sebagai pembantu rumah dengan keluarga mangsa.
Bagi pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa menghempas dan melambung Mohamed Hareez Mohamed Zamri sebanyak sembilan kali yang boleh mendatangkan kematian kepada mangsa pada 7.45 pagi, 15 Februari lepas di kediaman ibu bapa mangsa di nombor 7, Lorong Bukit Setongkol 38, Jalan Bukit Setongkol di sini.
Dia didakwa mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun.
Bagi pertuduhan kedua, pada tempat dan masa yang sama, dia didakwa menganiaya Mohamed Hareez dengan tujuan mendatangkan kecederaan yang boleh dikenakan hukuman mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-kanak 2001 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi 10 tahun atau denda maksimum RM20,000 atau kedua-duanya sekali.
Bagi kesalahan pertama, tertuduh dijatuhi hukuman penjara 15 tahun dan lima tahun penjara untuk kesalahan kedua.
Bagaimanapun Mohd Azhar memutuskan kedua-dua hukuman itu berjalan serentak dan dia hanya perlu menjalani hukuman penjara 15 tahun dari tarikh tangkapan iaitu pada hari kejadian.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed.
Mengikut fakta kes, pada 7.45 pagi pada hari kejadian, ibu bapa mangsa yang sedang bersarapan di sebuah kopitiam di sini terkejut apabila melihat bayi sulung mereka dilambung dan dihempas pembantu rumah melalui rakaman kamera litar tertutup di telefon bimbit bapa mangsa.
Berikutan itu, ibu mangsa, Nina Suraya Sulaiman, 24, segera menghubungi jiran supaya pergi menyelamatkan anaknya sebelum kedua-dua mereka bergegas pulang.
Bapa mangsa kemudiannya menghubungi polis dan tertuduh ditahan pada 9.15 pagi.
Terdahulu, tertuduh yang memakai baju lokap bewarna ungu tidak menunjukkan sebarang reaksi atau riak wajah ketika menyaksikan rakaman CCTV perbuatannya yang dipertontonkan kepadanya di dalam mahkamah menerusi komputer riba.
Dia bagaimanapun menitiskan air mata ketika diminta mengemukakan rayuan hukuman dan berkata: "Saya takut".
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamed. - Bernama
- SUMBER -
Monday, 18 February 2013
SUKANTARA BERMULA
18 Februari 2013- Petang nie sekolah aku ada sukantara. Malas nya lah nak pergi. Baru je balik dari sekolah dah kena pergi lagi. Kerja sekolah banyak pulak tu. Kalau tak sebab cikgu bagi amaran tadi, aku tak akan pergi sukantara lah. Penat yang teramat. Rasa mcam nak pengsan jew. Nie lah lumrah hidup. Tempohi jew la. Daebakk! Huuuuu~ :(
Thursday, 14 February 2013
NOVEL YANG KE-4
Novel 3 Kata Hati |
Kasih – Kehadiran Iskandar membuatkan Hanani diulit bahagia. Namun, ada sahaja yang menjadi penghalang. Kacau daun sungguh! Hanani geram dengan keadaan itu, tetapi hatinya nekad untuk mempertahankan kasih sucinya.
Cinta – Hanani keliru. Cintanya sudah mekar, tetapi untuk siapa sebenarnya? Antara Mr. Rahsia dan Iskandar, mungkinkah kata hati mereka turut merasakannya?
Siapakah yang menjadi pilihan Hanani? 3 KATA HATI milik siapa? Iskandar yang membuatkan dia panasaran atau Mr. Rahsia yang mencuit hatinya melalui kiriman SMS?
Beli segera dan cuba. Pasti menusuk jiwa. (n_n)
Beli segera dan cuba. Pasti menusuk jiwa. (n_n)
SAAT AKU BOSAN
Wednesday, 13 February 2013
MY BELOVED MINHYUK (BTOB)
Minhyuk with his cute wink. (n_~) |
Monday, 11 February 2013
ABANGKU YANG POYO
11 Februari 2013- Tadi petang aku tengah makan and my sister pulak tengah tengok tv dekat dapur. Then, abang aku datang dapur jugak nak makan. Bila takde lauk, dia pon nak goreng telur. Sebelum goreng dia cakap dengan my sister, "kak, cuba kau tekan telur mentah nie sekuat-kuat hati, konfirm tak pecah. Aku dah buat kat sekolah. Tak pecah pon. Try la". Lepas tu my sister genggam la kuat2, tapi xkuat sangat la sebab takut pecah. Then, abang aku cuba. Sebelum dia genggam telur tu, dia ckap "Tengok nie aku nak genggam kuat2, konfirm xpecah". Bila genggam punya genggam, 'pluupp'. Amik kau telur tu pecah akhirnya. Habis satu badan dia mandi telur. Satu rumah bau. My mum marah la apa lagi. Membazir jew. Sebenarnya, budak bongok je yang buat macam tu. Orang telur yang baru keluar dari ayam la yang tak pecah. Yang dia pecahkan telur baru beli dari kedai tu buat apa. Padan la muka! Haha... >.<
Saturday, 9 February 2013
GAMBAR ABANG AKU NASYID
WE ARE FLIRT'S SIBLINGS
FATHINI KAMILA (ALONG)
Fathini Kamila (Along) |
NUR HIKMAH (ANGAH)
Nur Hikmah (Angah) |
SURAYA (UDE)
Suraya (Ude) |
AISYAH ZAZALI (ALANG)
Siti Aisyah (Alang) |
NUR FATHIN (UTEH)
Nur Fathin (Uteh) |
Nama dia Nur Fathin Binti Said. Dia lahir 23 April 1998. Dia tinggal dekat Parit Laman. Dia join group kita orang masa form1. Baru la jugak. Dulu sekolah rendah, satu kelas dengan dia but tak rapat sangat la. Just friend biasa2 jew. Nampak warna merah dekat tangan kat gambar atas tu kan? Haaa... Itu dia punya tab. Impian dia nak memiliki sebuat tab dah pon tercapai. Dan yang akan mengerjakan game dekat tab tu adalah aku and yang lain2. Haha. Kalau kau orang nak tahu, dia ni mangsa buli aku. Bukan apa, dia senang kena buli aku coz dia ni orangnya kecik comel jew. "Sorry ea aten kalau aku buli kau, tabiat aku tuh". Aku buli pon sebab aku sayang kau! Facebook: http://www.facebook.com/fathin.syuhada.7?fref=ts
NURSUHADA (KAKCIK)
NurSuhada (Kakcik) |
NURFATIHIN (ADIK)
Nur Fatihin (Adik) |
KU SETIA HINGGA KE HUJUNG NYAWA
10 Februari 2013- Masa pertama kali ku mengenalimu, hatiku terdetik rasa kegembiraan. Sebab aku tahu kau akan bahagiakan aku seperti orang lain bahagiakan pasangan kekasih masing2. Setelah mengenalimu, rupanya kau adalah anak kepada ibu angkatku yang sambut aku lahir dulu. Tetapi aku tidak kesah, janji kau akan menjaga ku dengan baik. Setelah menjalinkan hubungan selama 2 bulan, masa raya aidilfitri yang pertama hubungan kita macam biasa. Tiba raya ke-3, kau kemalangan. Tapi tak lah teruk mana. Masa tu aku sangat risaukan kau. Telefon taknak cakap, mesej taknak reply. Bila dah 2 hari kau buat aku macam tu, rupanya selama nie kau dah ada perempuan lain. Dan aku dapat tahu, kau kapel dengan budak tu lebih dahulu dari aku. Hati aku bagai telah dicincang hingga hancur. Tapi aku tak kesah lah coz aku tahu masa tu aku nie yang ke2. Kalau aku jadi kau pon aku pilih yang pertama kn? Hingga sekarang, kau adalah yang paling terbaik dalam hidupku. Aku akan doakan kau bahagia dengan jodoh kau nanti. Kalau kau pernah maki or kutuk aku selama nie, aku akan maafkan kau. Bagi aku kalau kau buat salah kat aku, seperti kau tiada salah langsung pon dekat aku. Aku sedar, aku tak secantik seperti wanita lain. Aku tak sesweet wanita lain. "Awak... Saya hanya insan biasa yang penh dengan dosa. Saya tak sempurna untuk awak. Saya tahu awak mesti nak wanita yang sempurna untuk kebahagiaan awak kan? Betul tak? Saya tak kesah pon. Memang tak kesah". And kalau kau nak tahu, kau akan hanya ada di hatiku kerana kau telah banyak memberikan aku kenangan manis. Tiada satu pon kenangan pahit. Aku akan setia hingga ku hujung nyawaku, wahai awak yang selalu handsome di mata saya.... :'D
BOSAN TIME!
10 Februari 2013- Cuti ni tak tahu nak plan cuti kat mana. Maing2 buntu coz dekat sini banyak sangat kenduri kahwin. Lepas tu, kerja sekolah cikgu bagi banyak pulak tuh. Memang takde masa lah nak berehat. Nanti buat kerja sepanjang masa. Of course la penat. Tapi takpe la. Aku kan nak periksa PMR. Apa pon yang disuruh buat kena lah buat baru dapat berkat. Tu namanya pelajar yang baik. Aku memang baik. Haha. Baik la sangat~~ Oke la, nak sambung buat kerja sekolah, nanti aku update lagi. :)
Friday, 8 February 2013
MY BROTHER IS A GENTLEMAN
09 Februari 2013- Pagi tadi dekat SMK Penghulu Saat ada Majlis Maulidurrasul. Ada persembahan nasyid. Abang aku salah satu ahli nasyid tu. Mase permulaan budak2 bawah yang nyanyi, bosan jew. Tapi bila lagu ke-2, budak form5 yang perform. Hurmmm, masing2 suare sedap2 la siot. Especially my brother. Entah sejak bila dia dah berani masuk persembahan. Setahu aku dia pemalu. Pulak tu, telinga aku dah panas dengan orang yang ckap abang aku handsome. Pdahal, dia biase2 jew kot. Btw, memang terbaikk la kau tadi abang. ^^
HABIS NOVEL YANG KE-3
08 Februari 2013- Akhirnya, habis juga novel "Miss Pisau Cukurt" yang aku baca nie. Pelbagai jalan kisah perceritaan dia. Ada sedih, funny, menyakitkan hati. Memang masa baca tu aura2 pon boleh rasa tau. Aku baca novel nie bukan apa coz aku berkenan dengan nama hero dia. Nama dia Ku Afnan Zakirin. Sedapkan? Nama ni ada la pada masa silam aku. Tapi sekarang, dalam kenangan jew. Yang sayangnya, watak dia dalam novel nie jahat2 baik la. Tapi ciri2 dia yang aku suka. Kaya, gentleman and whatever. Try la baca. Baru baca muka surat 1, pasti kau orang nak baca seterusnya. Percayalah.. Kalau nak tahu selanjutnya, beli lah di kedai buku yang berhampiran dengan rumah anda. Haha. Buat promotion pulak aku. Btw, memang enjoy la baca novel ni. Get it now!
SEHARIAN JAGA BUDAK NAKAL
08 Februari 2013- Lepas balik sekolah kena jaga budak 2 orang nie.Yang abang nama dia Mirza. Yang adik nama dia Irdina. Penat tu memang la penat. Tapi best jugak sebab kecoh sikit rumah nie. Kalau takde budak2 nie, apa tak sunyi je rumah aku. Okey sangat la, yang abang suka kacau adik dia. Yang adik dia pulak, mulut kepoh and tak boleh di usik sikit. Bila gaduh, tu yang jadi kecoh tu. Yang abang takpe la nak gaduh macam mana. Tapi yang adik susah coz dia suka merajuk. Susah nak pujuk wooaahh budak kecik yang perempuan nie. Manja la katakan. Nasib takde adik lagi, klau ada, apa tak naya aku kena jaga dia. Dengan nak periksa besar lagi. Adoi~ Tapi bagi yang ada adik tu, jangan benci dy orang pulak. Jaga adik baik2. Nanti bila dah takde, reti cari pulak. Haha. K la, idea tak banyak nie. Sampai sini jew la. Bubye~
Wednesday, 6 February 2013
3 SUKAN AKU MASUK
06 Februari 2013- Tahun nie aku memang aktif gila dalam sukan. Aku pon tak tahu kenapa aku nak aktif tahun nie. Dah lah tahun PMR, last batch pulak tuh. Tapi takpe la. Dah terlanjur buat latihan sukan banyak kali. Nak buat macam mana kan. Sukan yg aku masuk Bola Baling, Bola Tampar and Hoki. Dasyat kan? Beberapa hari lagi sukantara. Cikgu aku tu bukan apa, asal bab2 lari cari aku coz budak lain gedik, taknak masuk pulak. Terpaksa la aku. Aku main sukan pon sebab nak cuba try mohon sekolah sukan. Minat pulak nak sekolah sukan. Nanti boleh jadi cikgu sukan. Haha. Cita2 nk jadi polis la, bukan cikgu. Sengal la aku. Tapi enjoy jugak la dapat masuk sukan banyak2. Dapat release stantion kalau putus cinta ke apa an? Takde la stress memanjang. Hidup mesti enjoy kan? ;)
Monday, 4 February 2013
PECAH REKOD 3 NOVEL
04 Februari 2013- Aku start minat baca novel form1 tak silap. Minat pon sebab hasutan dari my sister. Dia tu memang kaki novel. Tak payah cakap, tengok muka pon dah tahu. Haha. Novel pertama yang aku baca ialah novel Cinta Kau&Aku. Watak hero/heroin dia- Farish/Farisha kot. Dah lama bacanya kan. Not bad jugak la citer tu. Novel kedua pulak aku habis baca masa aku form2. Tajuk novel tu Semakin Rindu Semakin Sayang. Watak dia aku lupa. Novel ketiga habis aku form3, tahun nie la. Tajuknya Miss Pisau Cukur. Watak hero/heroin- Ku Afnan Zakirin/Nurul Ameera. Memang sedih ceritanya. Ada la bab berapa entah, air mata aku boleh keluar bila baca. Novel jew kot, bukn cerita. Pelik siot aku. Tapi novel yg ketiga nie lebih kepada funny la. My mum sampai mengeluh, "anak aku nie buang tabiat ke apa ketawa sorang2?". Haha. Dah ceritanya kelakarkan, tak kan nak nangis pulak. Haha. Nie semua angkara akak aku la hasut suruh baca novel. Aku pon layan jew. Tapi memang best la. Cuba korang try jadi ulat novel mcam aku, mesti funny. Boleh enjoy your self kan. Ngeeee~ ;3
Sunday, 3 February 2013
NASIB AKU YANG BAIK! (n_~)
04 Februari 2013- Malam tadi dah risau jew kerja sekolah masih banyak lagi. Takut je kena marah hari ni. Tapi bila dekat sekolah, tiba-tiba je ada majlis pelantikan pengawas, pengawas perpustakaan and ketua. Nasib majlis tu dah amik dua masa pelajaran yg pertama. Haha. Suka gila aku bila cikgu tak masuk. Pulak tu krja yang tak siap masa yg pertama tadi. Hehe. Hari ini nasib aku memang baik. Alhamdulilah~
HANGOUT! HANGOUT!
03 Februari 2013- hangout with siblings and kazen. Perjalanan jem berserta hujan lebat. Wooahh! Pening pulak tu. Dugaan hari ini. But happy la dapat luangkan masa dengan family. Shopping habis kot tadi. Balik2 semua kekenyangan. Haha. Adat letuuww~ Today is enjoy day!
Saturday, 2 February 2013
LATIHAN BOLA BALING
03 Februari 2013- Pagi tadi pergi latihan bola baling. Memang sedih bila tengok kehadiran. Takda semangat pulak nak main. Tapi makin lama, makin best pulak bila2 main gurau2. Bangang je budak nyer buat lawak. Piala warisan pulak kehadiran sangat memberansangkan. Aku tabik dengan kau orang. Harap jangan jadi macam budak atas. Janji tak ditepati. Haha. Apa2 pon good luck untuk pertandingan nanti. Harap kau orang tak menghampakan, begitu juga dengan perempuan bawah 18. Chayok SMKPS! (n_n)
NICKHUN OPPA!
02 Februari 2013- Nickhun Buck Horvejkul is my oppa! Wink cute dia yang aku suka sangat tu. Dia sangat comel. Funny pon ada jugak. Suka tengok dia buat lawak dekat program Star King dulu. Sekarang dah tak coz dia ada banyak performance kot. Dah tak kerap nampak dia dekat televisyen. Tu yang sedih. Tapi takpe, dia tetap ada dekat hati aku. Hehe. Saranghae oppa! ;D
MOTIVASI DI DEWAN PARIT SULONG
02 Februari 2013- Program ini merupakan satu program tahunan yang dianjurkan oleh Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Penghulu Saat dan Jawatankuasa Kecemerlangan PMR&SPM sekolah.Lebih bermakna lagi pada tahun ini pihak sekolah dapat menjalankan program ini dengan kerjasama Yayasan Nurul Yaqeen bersama Cr. Haji. Hushim bin Haji. Salleh. Program ini bertujuan memberi sedikit sumbangan motivasi dan menerapkan nilai kerohanian kepada calon-calon PMR dan SPM tahun 2013 agar menjadi pelajar yang berjaya di dunia&akhirat. Melalui program ini juga dapat memberi sedikit ilmu dan tips keibubapaan kepada ibu bapa calon-calon PMR&SPM untuk bersama-sama membantu anak-anak agar dapat mencapai keputusan yang cemerlang dalam peperiksaan PMR&SPM 2013.
Subscribe to:
Posts (Atom)